
Hujan Jordan menyakitkan badan,
Merentas Utara hingga ke Selatan Jordan.
Musim syita' setahun sekali,
Saatnya tiba semuanya berhati-hati,
Jaulah Baksis kini kembali,
Bertaut ukhwah bersemi dihati.
20hb - 22hb Januari 2012
( Jumaat hingga Sabtu )

Calon-calon yang bakal bertanding untuk menduduki tempat kepimpinan BAKSIS pada sesi 2012/2013
akhirnya, pada sesi kali ini, BAKSIS telah mengadakan Pilihanraya kepimpinan BAKSIS buat pertama kalinya, seiring dengan pertambahan ahli BAKSIS setiap tahun... Alhamdulillah segala perancangan yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihanraya BAKSIS berjalan dengan lancar..
Relatif dengan kepeningan ummah berkaitan isu ‘Media dan Hiburan’ PERTAMA VI gah tampil berani membawa persoalan, ‘Media Dan Hiburan; Urgensi Dan Cabaran’ dipimpin 3 panelis bergaya, 2 daripadanya diterbangkan dari tanah air, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Ustaz Nazrey Johani danUstaz Anhar Opir panelis jemputan dari Amman.
Harapan Ustaz Nazrey semoga kami balik ke Sabah bukan hanya membawa segulung Ijazah,tetapi membawa suatu perubahan untuk dikongsi dengan warga Sabah.
kami wakil daripada ahli BAKSIS ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat kepimpinan yang baru.Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. InsyaALLAH.. " SABAH BAGUS BAH !! "


