
Terbang terkukur ke Pulau Bidara,
Singgah sebentar di Tanjung Malim,
Salam dahulu pembuka bicara,
Ukhwah terjalin sesama Muslim.
~ Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahabbah ~
" PENGORBANAN DIHAYATI,MEMBENTUK INSAN SEJATI "
Demikianlah tema yang kami " BAKSIS " pilih sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan pada 09.November.2011 bersamaan hari Rabu baru-baru ini.
Sudah pasti setiap individu punya matlamat yang ingin disasarkan dalam menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya ataupun dengan kata lain untuk membentuk diri menjadi "Insan
Sejati.Sungguh,tanpa menghayati & merasai apakah erti "Pengorbanan" yang sebenarnya,sukar bagi setiap individu itu untuk mencapai segala impian,cita-cita & azam yang telah ditanamkan dalam diri masing-masing lebih-lebih lagi dalam skop kita sebagai seorang mahasiswa/wi yang belajar di luar negara ini.
Syukran a'la kullu hal...
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada tenaga penggerak Majlis sambutan Aidiladha BAKSIS 2011/2012 :
1) Pengarah : Shahrizam bin Tahir
2) Timb.Pengarah : Nurfalina bte Kassim
3) Setiausaha : Sabdall bin Syamsudin
4) Timb.Setiausaha : Nur Sakinah bte Wan Nasir
5) Biro Penyelaras Prorgam : Mohd Rashidi bin Rajid
: Noranisah bte Abd Rasah
6) Biro Persegaran : Mohd Hafiq bin Mohd Syazwan
: Nurul Salwah bte Noor Taip
7) Biro Teknikal : Muhammad Farhan Khairi bin Harun
: Dg.Junaina bte Juani
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada seluruh tenaga kerja yang bertungkus lumus dalam merancang & mengatur aktiviti-aktiviti agar segalanya berjalan dengan lancar.Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli BAKSIS rasmi ataupun bersekutu kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan majlis sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari tersebut disamping mengeratkan lagi ukhwah antara kita.Hanya ALLAH yang mampu menilai & membalas jasa-jasa kalian.
Semoga sedikit sebanyak memori yang terbina dseperti yang terselit dalam gambar di bawah ini, mampu untuk mengubat kerinduan ukhwah islamiah antara kita.InsyaALLAH..
Raya Haji Raya Korban,
Korban unta dan biri-biri,
Aidiladha kita raikan,
InsyaALLAH ada bajet kita makan lagi....
p/s : raya,raya jugak..Pelajaran jgn sampai terabai...Pentingkan yang lagi penting kerana yang penting itu lagi penting daripada yang terpenting ( pendek kata,aulakan yang aula )..Salam mujahadah buat seluruh warga BAKSIS...InsyaALLAH panjang umur jumpa lagi...






















rasa gembira dan terharu melihat gambar2 yg ada..moga majlis ini diberkati dan dirahmati Allah..
ReplyDeleteInsyaALLAH kak..Amin Ya Rabbal 'Alamin...
ReplyDeletelike2 ! ukhuwah fillah... :)
ReplyDeleteakhawat baksis 2011/2012 tu nda cukup tuu.. :D
iya wana..ndak cukup tu,ramai lagi ndak da~=)
ReplyDelete