Jordan semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar Melayu, menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir. Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian, telah membuka mata ibu bapa untuk turut serta menghantar anak-anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya’ Jordan ini.
Kami mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan mengalu-alukan kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Diharap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan bakal membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.
Universiti Di Jordan
Jordan University of Science and Technology (Mantiqah Irbid)
Universiti Yarmouk (Mantiqah Irbid)
Universiti Mu’tah (Mantiqah Mu’tah)
Universiti Al Bayt (Mantiqah Mafraq)
Jordan University (Mantiqah Amman)
World Islamic Science And Education University (Mantiqah Amman)
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Pengajian Sains (hanya di Jordan University of Science and Technology) :
Perubatan dan Pergigian
Fizik
Pengajian Syariah Islam :
Pengajian Bahasa Arab
Usul Fiqh
Usuluddin
Pendidikan Islam
Ekonomi & Perbankan Islam (hanya di Universiti Yarmouk)
Program Berkembar
Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menjalankan program berkembar antara IPT di Malaysia dan IPT di Jordan :
Jordan University Of Science And Technology
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) : Program Perubatan (Tahun Pertama di UniKL - Tahun kedua dan seterusnya di JUST)
Universiti Yarmouk
Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) : Sarjana Muda Ekonomi dan Perbankan Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) : Diploma Pengajian Islam + Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) : Diploma Pengajian Islam + Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam
Kolej UNITI : Diploma Pengajian Islam + Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam
Universiti Mu'tah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) : Diploma Pengajian Islam + Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) : Diploma Syariah Islamiyyah + Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam
Bagi Program KUIS, MARSAH, UNITI dan KISDAR anda perlu menamatkan Diploma Pengajian Islam di institusi terbabit sebelum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam di Universiti di Jordan.
Prosedur Permohonan
Kementerian Pengajian Tinggi
Yayasan Islam Setiap Negeri
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Borang permohonan perlu diisi dan dihantar kepada kementerian. Kami mengesyorkan kepada anda untuk menghubungi pihak kementerian secara berkala untuk mengetahui perkembangan permohonan di web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain mendapatkan borang di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), borang permohonan juga boleh didapati di yayasan Islam di setiap negeri.
Untuk tahun 2011, Borang Permohonan masih belum dikeluarkan. Sila semak laman ini untuk mengetahui status borang permohonan bagi tahun 2011.
Kos Sara Diri Dan Yuran Universiti
Anda boleh menganggar kos sara diri di Jordan dan jumlah yuran universiti anda di sini.
Rujukan Lanjut
Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :
Education Malaysia Jordan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Assalamualaikum...sy ingin bertanya lebih lanjut tentang penerangan kos yg ingin di ambil...kalau boleh sy ingin tahu apa prospek subjek2 ni? :
ReplyDelete-Pengajian Bahasa Arab
-Usul Fiqh
-Usuluddin
-Pendidikan Islam
terima kasih.