Jordan Merupakan negara yang mempunyai nilai matawang yang agak tinggi berbanding Malaysia. Harga barangan di negara ini juga sedikit mahal menyebabkan kos sara diri di Jordan lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Kos Keperluan Tahun Pertama Di Jordan
Bil
Perkakas Harga (JD)
1 Tilam=25JD
2 Bantal=3JD
3 Katil=25JD
4 Almari Baju=30JD
5 Almari Buku=30JD
6 Meja Belajar=30JD
7 Kerusi=5JD
8 Selimut Tebal (untuk musim sejuk)=25JD
9 Pemanas udara (untuk musim sejuk)=10 -70JD
10 Kipas Angin=20JD
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) melalui Jawatankuasa Kerja Perhubungan dan Penempatan (JKKPP) akan membantu pelajar baru dalam urusan penempatan.
Ini merangkumi urusan penempatan(sewa rumah) sebaik sahaja pelajar baru tiba dan urusan pembelian barangan asas seperti yang tertera.
Anggaran Kos Sara Diri Untuk Pelajar JUST
Sewa Rumah 50
Bil Air dan Elektrik 15
Keperluan Harian dan Dapur 15
Makanan 40
Perhubungan (Internet dan Kredit) 25
Pengangkutan 40
Pelajaran (nota, alat tulis dan buku)20
Jumlah
JD 205
Universiti JUST terletak agak jauh daripada kawasan penempatan pelajar. Oleh itu, pelajar perlu menaiki bas untuk ke universiti.
Anggaran kos sara diri ini adalah secara kasar. Kebiasaanya, pelajar akan membelanjakan antara JD 200 ke 250 sebulan.
Pelajar JUST perlu membeli buku teks (contoh : Guyton Medical Physiology, Grants Atlas Of Anatomy dan lain-lain). Buku teks ini akan digunakan sepanjang pembelajaran di JUST. Pelajar perlu membelanjakan antara JD 50 – 100 berdasarkan buku teks yang diperlukan.
Anggaran Kos Sara Diri Untuk Pelajar Yarmouk
Sewa Rumah 50
Bil Air dan Elektrik 15
Keperluan Harian dan Dapur 15
Makanan 40
Perhubungan (Internet dan Kredit) 25
Pengangkutan 5
Pelajaran (alat tulis dan buku) 30
Jumlah
JD 180
Kebiasaannya, pelajar Yarmouk akan membeli kitab (contoh : Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari, Mughni Muhtaj dan lain-lain) untuk digunakan sebagai rujukan. Ini akan menambahkan lagi kos pelajaran antara JD 100 – 300 berdasarkan kegunaan. Walaubagaimanapun, pihak universiti tidak mewajibkan pelajar untuk memiliki kitab-kitab ini.
Berikut adalah anggaran secara ringkas kos hidup dan yuran Universiti bagi setiap mantiqah di mana terdapatnya pelajar Malaysia di Jordan. Harap dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal hadir ke bumi Jordan ini.
*Yuran mungkin berubah mengikut ketetapan oleh pihak universiti.
Mantiqah : Amman
Kos Sara Diri :
Rumah Sewa : JD 130 – 200 sebulan(dikongsi 2-4 pelajar)
Keseluruhan : JD 100- 150 sebulan (sara diri + sewa rumah)
Yuran Universiti :
Universiti Jordan
1 Jam Kredit : JD 50
Yuran Universiti : JD 375 satu semester
World Islamic Science & Education University (WISE)
1 Jam Kredit : JD 40
Yuran Universiti : JD 215 satu semester
Untuk Keterangan Lanjut Layari :
Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA)
Jordan University
World Islamic Science & Education University (WISE)
Mantiqah : Irbid
Kos Sara Diri :
Asrama : JD 65-70 sebuah bilik
Rumah Sewa : JD 100-300 sebuah rumah sewa (dikongsi 2-4 pelajar)
Keseluruhan : JD 120-220 sebulan (sara diri + sewa rumah/asrama)
Yuran Universiti :
Universiti Yarmouk
1 Jam Kredit = JD 48
Yuran Semester Satu dan Dua = JD 50
Yuran Semester Pendek (summer semester) = JD 25
Pusat Bahasa (Markaz lughah) : JD 400 (Sekali sepanjang pengajian)
Jordan University of Science and Technology (JUST)
1 Jam Kredit : JD 250 (Perubatan & Pergigian)
Yuran Semester Satu dan Dua = JD 75
Yuran Semester Pendek (summer semester) = JD 37.5
Yuran Komputer = JD 10
Untuk Keterangan Lanjut Layari :
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI)
Jordan University Of Science And technology
Yarmouk University
Mantiqah : Mafraq
Kos Sara Diri:
Asrama Universiti : JD 30 sebulan + JD 10 setiap semester (internet)
Rumah Sewa : JD 70-150 sebulan (dikongsi 2-4 pelajar)
Keseluruhan : JD 80-100 sebulan (sara diri + sewa rumah/asrama)
Yuran Universiti :
University Al-alBayt
1 Jam Kredit : JD 10
Yuran Semester : JD 129 pendaftaran kali pertama, seterusnya JD 29 setiap semester
Markaz Lughah = JD 300 (Sekali sepanjang pengajian)
Untuk Keterangan Lanjut Layari :
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-alBayt (PRISMA)
Al-alBayt University
Mantiqah : Mu’tah
Kos Sara Diri :
Rumah sewa : JD 70-120 (dikongsi 2-4 pelajar)
Keseluruhan : JD 120-150 (sara diri + sewa rumah)
Kos Sara Diri Mahasiswa di Mu'tah
Yuran Universiti :
Universiti Mu’tah
1 Jam Kredit : JD 12
Yuran Semester Satu dan Dua : JD 50
Yuran Semester Pendek (summer semester) : JD 45
Contoh Struktur Pembayaran Yuran Universiti Mu'tah
Untuk Keterangan Lanjut Layari :
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah
Mu'tah University
0 Kalam Pujangga:
Post a Comment