
Assalamualaikum w.b.t buat semua..Syukur Alhamdulillah diatas segala nikmat yang ALLAH berikan.
(Warga BAKSIS khususnya dan buat penjenguk-penjenguk yang setia...Terima kasih "kami" ucapkan..)
Semoga laman ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada diri "kami" sendiri dan buat diri anda juga..♥...

Segala puji bagi ALLAH.
Dikesempatan ini saya ingin menyatakan sangat-sangat bahawa ketahuilah kita adalah SATU..Memetik peribahasa Melayu "Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing" & "Bersatu kita teguh bercerai kita Roboh"..peribahasa ini mengingatkan kita bahawa hidup ini sentiasa memerlukan antara satu sama yang lain.Hidup saling berkait.Memang benar,jika pada hari ini kita adalah orang yang sentiasa "bertuah",akan datang suatu masa kita juga adalah orang yang paling "malang"..."Hidup ibarat roda,adakalanya kita diatas,adakalanya kita dibawah"Disinilah pentingnya hidup bersama..Saling tolong menolong,saling bekerjasama.
Tambahan lagi,hidup kita diperantauan ini (jauh daripada kedua orang tua) sentiasa memerlukan orang yang boleh menolong kita dalam apa jua perkara.Dalam kehidupan seharian,dalam akademik dan sebagainya.Kemungkinan suatu ketika dulu kita rasa kita boleh hidup bersendirian,kita berjaya dalam hidup(impian kita) dan merasakan hidup bersahabat adalah menyerabutkan,namun percayalah kita hakikatnya
memerlukan bantuan,sokongan orang lain.Lihatlah kitaran kehidupan,bermula daripada kanak-kanak,kita ada ibu dan bapa yang sangat-sangat menjaga kebajikan kita dalam segala aspek,sehinggalah sekarang.Kemudian ketika zaman persekolahan kita ada Guru yang mengajar kita,ada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu kita,memberi sokongan kepada kita dikala kita dalam kesusahan disamping pertolongan daripada kedua ibu bapa kita.Segalanya memerlukan sahabat,teman,orang yang berada disisi untuk terus bangkit menempuh kehidupan yang fana ini..Apakah yang akan kita rasakan jika hidup tanpa mereka.Hayati bait ini :
"HANYA ANAK YATIM PIATU YANG TAHU APA RASANYA HIDUP TANPA KEDUA IBU BAPA"
"HANYA ANAK YATIM PIATU YANG TAHU APA RASANYA HIDUP TANPA KEDUA IBU BAPA"
Firman ALLAH s.w.t :
(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)
Mafhumnya : Sesengguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara,kerana itu damaikanlah antara keduanya (yang berselisih) dan bertaQwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.(Al-Hujurat :10)

Oleh itu,ingin saya tekankan sekali lagi disini kita adalah SATU..!!..Maka,abang-abang,kakak-kakak bantulah adik-adik anda,adik-adik pula jangan segan silu menegur yang tua jika ada kesilapan yang mereka lakukan...Jika bukan kita yang mulakan,siapa lagi??
Kami sedia membantu............Sampaikan salam kami buat keluarga anda di Kampung...♥
Terima kasih Ya ALLAH
Salam ukhwah keakhirnya...♥
Ukhwah Fillah Abdan abada..^_^
ReplyDeleteka bb : ka bb,, uhibbuki lah ! tob'an ukhwah fillah abdan ! (^_~)
ReplyDeleteKak Bb...sayang kak bb jugak.. :))) ~Anjang yang comel..QA,,
ReplyDelete